holiday dah habis. aku pun dah habis. eh. tak. aku ada lagi. meruntun di hukm ini.
meruntun tu apa? aku main letak je.
mari cerita pasal kenang-kenangan di sekolah dahulu yuhuu
1. Mrs Chandran
Mrs Chandran ialah cikgu English aku masa form 5. aku set 1. dia mcm ni tau. bila tiba part English, budak-budak yg nakal-nakal gitu yg akan masuk set 1 (ok aku tak nakal. aku skema.). contohnya, er, takpe lah takyah bagi contoh. so budak-budak ni English power oo (ok English aku tak power, so aku still tak tau kenapa aku masuk set 1). berbalik kepada Mrs Chandran. dia suka cakap perkataan
FANTABULOUS!
katanya, why don't you try to pick 2 words, with the almost same meaning, and mix them together.
FANTASTIC + FABULOUS = FANTABULOUS!
ok takpe lah tu. kami tak pernah pun mix-mix words tu. ada lah sekali tu. dia suruh kitorang buat essay (as usual). tapi, kali ini, berbeza ye. dia cakap, (dalam bahasa Inggeris),
"cuba korang buat satu essay, tapi jgn habiskan essay tu. buat separuh jalan je."
tiba-tiba, kelas yg selalu membosankan itu menjadi menarik. semua orang tertunduk-tunduk, terjelir-jelir lidah (bukan aku) menulis essay yg separuh itu. sebab, tak payah habiskan sampai 6 paragraphs la kan. buat 3 paragraphs je. separuh kan. wohoo. best-best. masing-masing pun tanya-tanya la pasal masing-masing punya essay kan. best-best.
keesokan harinya, Mrs Chandran with all smiles pun berkata,
"i'm very impressed by your half-written essays yesterday. and today, i would like all of you to finish what you started. i'll give you back your essays so you can continue writing them. pass it to me at the end of the class."
everybody was like,
WHAAA-?
"that essay is supposed to be half-written! i have no idea what the ending is gonna be."
and they cursed Mrs Chandran. i remember, my half-written essay was about a weirdo who was an albino. gosh. i don't think i managed to finish the essay. because, you cannot tell a story about an albino in just 6 paragraphs, right?
2. Puan Radziah.
Pn Radziah ni, cikgu Bio. dia pernah ajar aku ke? aku pun tak ingat dah. tapi kan, dia ni, masa perhimpunan belum start, biasalah kan budak-budak perempuan ni mulut potpetpotpet kan. dia pun akan pergi kat mic, and cakap pasal cerebrum dan cerebellum seseorang tu. ok kata pokoknya nak cakap otak kitorang ni da tak betul la. taknak diam. tak nak menerima arahan. oh time tu aku tak tahu menahu apa bendanya cerebrum dan cerebellum tu.
ni cerita dia kenakan kawan aku, Debe. Debe cerita, masa Pn Radziah tgh ajar kelas dia, sangat lah mengantuk kelas tu. so Debe ni pun makan la chewing gum. tiba-tiba, dia perasan, Pn Radziah gelak sorang-sorang. dia pun pelik lah kan. apahal la cikgu ni gelak-gelak. tiba-tiba, Pn Radziah pun menuding (wah) jari ke arah Debe, dan berkata,
"Macam lembu."
hahahahaahahahahahahahah
3. tidur di koridor
oh masa aku Form 2, kitorang ni memang la jahat. aku pun jahat la sikit-sikit. apa nak buat. pengaruh rakan sebaya kan. kami ni sangat la kurang hajar dengan senior. entah lah aku pun tak tau kenapa kitorang tak takut dengan senior pun time tu. maybe sebab buat jahat ramai-ramai kot. bila kena buli / marah pun kena ramai-ramai kan. disebabkan kitorang ni selalu sangat buat 'port' kat dorm aku, senior pun marah la kan. juniors mana boleh kumpul-kumpul buat port borak-borak kemain lagi. dekat dorm yg ada senior pulak tu. jadinya, tiba-tiba, kami telah di 'banned' di 2nd floor dan floor-floor yg lain.
oh. macam mana nak borak-borak?
kami ni bijak sebenarnya. kami pun lepak kat tangga. tangga kan dari 2nd floor nak naik 3rd floor kan ada 2 flights of stairs. so in between that la kami lepak. itu ialah floor yang ke 2.5. haaa bijak tak? haha. ok apa cerita tidur kat koridor?
aku pun tak ingat. tapi kitorg kena tidur kat koridor malam-malam. boleh ada 1 bantal saja. oh sejuk gilak. sampai la satu hari, kitorg dah tak tahan asyik kena tidur kat koridor je kan. Madi pun ambil sebaldi air, dan tumpahkan kat sepanjang koridor malam before tidur tu. lepas tu dia campak baldi tu kat bawah. lepas tu, kami pun dengan muka innocent, pergi la jumpa senior.
"em. kak nina, tadi kan hujan kan. koridor basah la. nak kena tidur koridor lagi ke malam ni?
"oh basah ke. hm tak payah la."
aku rasa tak hujan pun haritu. rezeki kitorang lah tu.
4. budak hingus
adala sorang junior ni. dia form 3, kitorang form 4 kot. orang panggil dia Mamak. sebab mmg muka mamak. dia ni sangat la gedik + kurang hajar jugak lah. ok macam ni tau. memang takde sapa suka senior. mmg orang selalu kutuk senior. kutuk lah. tapi jangan kantoi. haa itu diaa. budak Mamak ni, kantoi la pulak. entah apa dia cakap, tapi something pasal, dia tak takut lah kalau kena marah dengan kitorang ni. kuat-kuat pulak tu cakapnye. so kitorang ni konon nak mempertahankan maruah la kan, panggil la budak ni kat dorm Raja.
kitorang tu ialah diorang. aku tak tahu apa pun. orang cakap-cakap je dorang panggil Mamak kat dorm Raja, so aku pun sebok-sebok lah nak tengok. oh aku masuk je, entah apa la diorang dah buat kat mamak tu. meleleh-leleh air mata dia. hahahahah. kitorang tak pukul-pukul tau. kitorang bukan budak lelaki. bila aku masuk je, Raja pun cakap,
"ko nampak Farah ni? dia ni kapten basket tau. tangan dia kuat tau. dia pukul ko sekali entah apa jadi kat kau."
er. serious, tangan aku tak kuat pun. so aku pandang je la budak ni. haha. alah kalau tangan aku kuat pun aku nak pukul ke?
lepas tu kaaaan, diorang ni sangat jahat tau. diorang ambil heater, ada air dalam tu, konon nak tuang atas kepala budak tu. budak tu dah nangis-nangis keluar hingus merayu-rayu,
"kak, jangan la kak, jangan la. isk isk."
keluar hingus. and yet air dalam tu tak panas pun!! haha. bila hingus dia keluar, diorang panggil lagi ramai orang datang tengok hingus dia.
ok lah ok lah. tiba-tiba tak da mood nak sambung kenangan-kenangan manis di sekolah. nak kenangan tak manis pulak.
biasalah kan, masa sekolah dulu gaduh-gaduh. sikit-sikit,
"putus kawan!"
tapi, bila dah meningkat dewasa di alam sekolah, yakni dah naik form 5, kenalah bertahan sikit. sebab kita kan selalu kena berurusan dengan ramai orang, walaupun orang tu kita tak suka, and orang tu pun tak suka kita. haa. so, kutuk belakang-belakang je lah kan.
tapi bila dah meningkat dewasa selepas sekolah ni, yakni alam universiti, kita pun fikirlah, maybe tu zaman dulu-dulu je kot. sekarang ni dah besar. apa la putus kawan. so not cool.
so, bila tiba-tiba jumpa balik, ingatkan ok lah kan. rupa-rupanya tak ok lagii. bukan lah tak ok sampai jerit-jerit tarik-tarik rambut kan. tapi macam tak ok lah. hmmmmm. do i have a grudge, or does she? either way, it's not cool. whatev. i'm not the kind of person that will say,
"hey, let's just settle this thing between us."
especially if that somebody is not worth settling with, about anything. (oh ayat tunggang-langgang). wah nampaknya aku semakin ego ya. ok at least aku admit.
tak lah. dia macam ni. aku macam, just malas nak layan, faham tak? bukannya aku sombong sangat taknak baik dengan budak ni. 1st, aku memang tau dia takkan datang mintak maaf kat aku (wait, kenapa dia nak mintak maaf kat aku?), so, aku pun takkan lah mintak maaf kat dia. ni bukan pasal buat salah kat sapa-sapa. ni just tak puas hati over certain things je ni (aku tau lah.) haa. so, as long as aku tak payah la hidup dekat-dekat dgn dia, apa masalahnya? kan? so. you with your grudge, me with my life. ahaks.