aww this is beyond cute, no?
ok lah, ok lah. i think i banyak sangat cakap ok. tapi takpe. sukahati i lah kan. you nak tau tak, hari ni i rasa macam jahat sikit. sikiiiiiit je. i nak kutuk orang ni. wahahahah.
you tau tak orang yg sombong? haa. i ada kenal la a few orang yg sombong. kenal gitu-gitu je la kan. sebab dia sombong, mana dia nak kawan dengan i kan. haha. i tak kesah puun. tapi, mesti lah kita suka nak kutuk orang sombong ni kan. mari-mari.
orang sombong #1
dia ni kan. dress up nak lawa-lawa. ok tu tak kesah. setiap orang ada hak masing-masing nak penampilan macam mana. i pun suka la tengok orang lawa-lawa and wangi-wangi. betul ni. tapi kan, haaaa. i tak tau lah dia ni macam mana sebenarnya kan. dia macam, cakap kuat-kuat. ok maybe dia confident kot. tapi kan, cakap kuat-kuat yg, er, nak cakap dengan sorang je, cakap la dgn sorang je. tak payah la bagi 50 orang di sekeliling you tu dengar. ok tu takpa lagi. tapi dia ni kan, macam nak speaking-speaking tau. i tak kesah pun orang nak speaking-speaking. lagi lah bagus. kita kena improve English kita, sebab English tu penting kan. kita pun belajar dalam English kan. tapi kan, macam ni tau cara dia cakap:
eh, you, you. you dah ambil dah kertas tu? sebab i dah pergi dah department tadi.
ohh. eh, i tak lah. i tak ada ambil pun. ye lah. i, i, i pergi je, tak tengok sangat pun.
you lah. you, you, you pergi ambil, nanti you bagitau i lah. ok? ok bagus la you ni.
wek. setakat nak speaking cakap i you, I pun boleh la YOU. haha. entah apa-apa. tu sebab i start cakap i you awal-awal tadi. ada perasan? haha. sebenarnya, i pun suka jugak cakap i you ni. tapi maybe dalam blog je kot. or maybe time mood gedik i dgn kawan-kawan je la kot i nak cakap i you ni. tapi bukan la dgn semua orang kan. yek.
orang sombong #2
oh budak ni. hmm. sombong tahap apa entah pun i tak tau lah. i ada dengar cerita dulu kan, kitorang kena naik van dengan pakcik van. ramai-ramai lah ni kan. takda budak lelaki. budak perempuan je semua. dulu kan, mama i ajar, jangan panggil pakcik van / bas / lori "driver". panggil dia "pilot". dulu-dulu i pun tak faham lah apabendanya mama i cakap tu. i ingat "pilot" tu bawak kapal terbang je kan. (eh dulu i nak jadi pilot tau. yg bawak kapal terbang la). mama i tak bagi kita panggil "driver" sesuka hati. takut orang tu tersinggung. ni no offense kat sape-sape. because i rasa, setiap pekerjaan tu baik, asalkan halal di sisi Tuhan. ok? oh berbalik kepada orang sombong #2. kitorang pun bergilir-gilir lah duduk depan, sebelah pakcik van tu kan. takkan semua nak duduk belakang? ewah ingat pakcik tu driver kau? ingat kau yg bayar pakcik tu nak bawak kau ke hulu ke hilir? budak ni, tak pernahnya la nak duduk depan. entah, dia fikir habis standard dia kot. ok cerita ni aku dengar from kawan. bukan terjadi di depan mata. so not reliable ke? hmm. tapi aku percaya la.
si orang sombong #2 ni pun kan, bila aku terserempak dgn dia, tak pernahnya nak pandang aku. apatah lagi nak senyum kan. ok lah, maybe dia ni pendiam orangnya. or maybe muka aku ni mmg not worth to senyum at. tapi kan, bila aku tengok dia dengan GENG-GENG dia, amboi. suara macam pontianak. (i tak pernah dengar pun suara pontianak betul-betul. setakat dalam movie Pontianak Harum Sundal Malam je.) oh tak pendiam la tu. ui ui, so i tak satu standard dengan you ke? you tak boleh nak pandang i ke? or cakap-cakap dengan i ke? ish, ish. you tak dengar ke i cakap "i you" ni, tu maksudnya i bergaya dan kaya-raya tau maksud "i you" ni. i bukan cakap saja-saja je tau (oops sorry orang sombong #1 hahah)
i perasan kan, ramai orang yg sombong ni kan, dia sombong part yg kawan-kawan setaraf ni. dia ingat dia kaya, dia nak kawan dgn orang kaya je. non-malay i tak tau lah tahap kesombongan mereka kan. i tak rapat sangat dengan mereka. yg si melayu lah ni. and si melayu yg konon kaya ni (i tak tau betul ke tak diorg kaya kan, sebab i tak tanya lah. diorang pun tak nak cakap dgn i kan), diorang suka kawan dgn non-malays. oh tu i langsung lah tak kesah nak kawan dgn bangsa lain. kita satu malaysia. i pun anak campur. tapi, kenapa nak kawan dgn bangsa lain je, tak nak kawan dgn bangsa sendiri? apa igt bangsa sendiri tak kaya? eh, kita kawan bukan sebab kaya miskin la! maksud i kawan ni ialah, kalau i or sapa-sapa nak cakap dgn dia, dia mcm malas nak layan la. kalau kawan bangsa lain tu nak cakap dgn dia, beriya-iya dia layan. eee.
tak payah la sombong sangat. steve jobs dengan bill gates pun tak sombong. ok i tak kenal diorang so i tak tau.
No comments:
Post a Comment