you know, i tak suka la orang yg cakap-cakap masa lecture. cakap-cakap ok lagi. i pun cakap-cakap jugak. tapi, orang ni cakap-cakap kuat-kuat pulak tu. lepas tu, lama pulak tu cakap-cakapnye. amboi. orang lain nak dengar lecturer cakap lah. bukan nak dengar you cakap. i bukan lah baik sangat pun konon semangat gila nak dengar lecturer cakap. ok lah i admit, i memang skema. memang i nak dengar pun lecturer cakap apa.
lepas tu kan lepas tu kan, bila dia tengah syok-syok cakap-cakap dengan kawan dia tu kan, lecturer tu pun buat lah lawak kan. lepas tu semua orang pun tergelak besar. pastu dia yg cakap-cakap ni mestilah tak tahu menahu apa bendanya yg lawak tu kan. tiba-tiba, boleh pulak berhenti cakap-cakap dengan kawan dia, lepas tu sibuk tanya orang sebelah yg tak cakap-cakap tu (aku lah tu),
"eh, eh, lecturer cakap apa eh?"
eh, eh. nak pulak kau dengar ye? bila time lawak je kau nak dengar ye? hear me out:
"if you don't listen carefully, the joke is not meant for you to laugh at."
waah. kalau lah aku boleh sembur macam tu kat muka dia.
ataupun dia tengah tersengguk-sengguk tidur. bila orang gelak, dia pun terjaga, then nak tanya pulak apa lecturer cakap. entahlah bagi aku annoying sangat lah orang macam ni.
lagi, lagi. bila dia pun dengar jugak apa yang semua orang dengar, then ada somebody buat lawak, then everybody gelak EXCEPT dia (sebab dia tak faham lawak tu), time orang tak habis gelak tuuu lah jugak dia nak tanya balik apa bendanya yg lawak sangat tu. adoi. habis lah feel / moment lawak tu nanti. geram betul la. kalau kena dekat aku, memang aku buat muka lah kat orang yg tak faham-faham lawak tu and sibuk pulak nak tanya time tu jugak. kalau orang yg baik, ha dia cerita lah balik dari awal sampai lah habis pasal lawak tu. dah tak kelakar dah.
some jokes are funny if told once only.
ha, ha lagi satu. kalau lawak tu tak habis lagi, i mean, belum sampai punch line tapi orang dah start senyum-senyum dah tu, time tuuuu jugak lah dia sibuk nak tanya apa bendanya. orang tu tak habis cakap lagi lah. dengar la dulu woi.
kamon lah wei, DENGAR SENDIRI la. ada telinga kot. ada telinga tapi tak pekak lagi kan? hmm. entah apa la yang kau dengar masa orang cakap-cakap tu. kau pun sibuk nak cakap-cakap jugak. telinga ada 2, tapi dengar la 1 benda je.
No comments:
Post a Comment