Saturday, 1 October 2011

nak komen tu, diverse lah sikit.

tadi aku baca beutifulnara.com.

banyak pasal memey-norman je. banyak pasal diorang, and banyak orang komen pun dekat article pasal diorang je.

haritu ada kawan tanya aku:

"ada ke orang kat Malaysia ni yg actually sokong memey-norman ni?"

aku pun dengan confidentnya jawab: 

"Tak."

aku rasa memang takda pun. ala, except for family and diorang punya close friends la kan. and aku rasa, since RAMAI sangat yg benci kat diorang, ada la SEGELINTIR yg nak jadi lain dari yg lain, so diorang pun bagi la comment mcm,

"alah biarlah diorang. jodoh di tangan Tuhan. doakan je kebahagiaan diorang."

and sesiapa yg bagi comment mcm di atas, mestilah akan ramai yg 'dislike'.

ada byk lagi issues pasal memey-norman ni. antaranya, abby, hutang norman kat abby, perampas, khalwat, kahwin juta-juta sponsor, nikah tak glamour, dulang hantaran old-school, kahwin baju seksi, kahwin baju pengapit seksi, kenapa nak ada pengapit pun?, dan macam-macam lagi. comment pun benda yg sama je.

"memang dasar si memey ni perampas! kesian akak abby."

"kenapa baju kahwin ni mahal sangat? mcm tak cukup benang je."

"RM12 juta ke, 12 juta rupiah? hahahahhha"

boo. bukan boo sebab apa, boo sebab, dah byk dah orang bagi komen mcm tu. dah tak kelakar dah.

boo.

aku tak paham la. orang-orang yg comment ni aku rasa, dia tak baca betul-betul apa yg orang lain dah comment. sebabnya, isi yg sama, ayat lebih kurang. penat i yg tukang baca comment ni, nak baca satu-satu tau. benda yg sama. buang masa je. huh.

memang buang masa pun. baik aku study, ye dok?



No comments:

Post a Comment