ada banyak persoalan yg bermain-main di fikiran sempit aku sekarang.
aku ada seorang kawan di facebook. namanya I (initial je la). lelaki. hensem ke tak, tak perasan pulak sebab kat profile picture tu kecik je kan gambarnye. aku perasan, setiap status dia mesti ada orang like. lebih dari seorang like. at least 3 orang akan like. dah lama dah aku perasan. sedangkan status-status dia tu biasa-biasa je. bukan quote best-best pun. contoh:
"pernah aku terasa begini seumur hidupku..." huh? serious aku tak faham. 3 people like this.
"[the reason is u] -Maxis SMS" 5 people like this.
"S.K.Y.P.E" 11 people like this.
"c l a s s i c . c o r n e r !" 4 people like this.
ok jadinya, kebanyakan status-status mamat ni, aku tak berapa nak faham motifnya, and bagi aku takde la best mana sampai aku nak like. sampai 11 orang nak like.
jadi, hari ini, disebabkan aku takda kerja lain nak buat, aku pun pergi la click nak tengok siapa lah gerangan orang-orang yg like status mamat ni.
oh. 90% yg like tu semua perempuan.
lepas tu aku pun click la profile mamat ni. nak tengok la dia hensem ke tak kan. nama dia dah ada nama campur mat saleh.
tapi, ala ramai je kan yg letak profile name campur-campur nama mat saleh. maravilla la, beckham la, bellamy la, owen la, zeus la (ahaks), galway la, dan macam-macam lagi la. bagi aku, orang-orang yg buat macam ni, entah apa-apa. mungkin nama-nama tersebut melambangkan idola mereka, tapi, tak payah la sampai nak tukar nama korang. kalau i nak tau idola you, nanti i bukak la info kat profile you. ok? (ok dulu pun aku buat gak camtu. farah harrington, siti puteri farah saadong. tapi i dah berubah you.) ok zhafran zeus boleh dikecualikan. sebab zeus bukan idolanya.
berbalik kepada mamat-yg-status-ramai-orang-like. so nama dia dah ada nama mat saleh sikit. tengok muka, oh, memang ada la sikit-sikit nampak macam campur mat saleh. betul agaknya ada campur mat saleh. hensem ke? entah. ada gambar hensem. ada gambar tak hensem.
lepas tu, aku pun nak analyze lah, kenapa ramai sangat perempuan yg like status mamat ni?
1. adakah sebab dia hensem?
2. adakah sebab dia ramai kawan?
3. adakah sebab dia ramai kawan perempuan?
4. wait, macamana dia boleh jadi facebook friend aku?
untuk soalan 1, aku dah analyze. and aku dapat conclusion, bahawa, aku tak dapat memastikan sama ada dia hensem atau tak. because beauty is subjective.
untuk soalan 2 dan 3, disebabkan aku ni pemalas dan tidak consistent orangnya, aku pun tak check kawan dia ada berapa, apatah lagi nak check kawan perempuan dia lagi ramai dari kawan lelaki atau tak.
untuk soalan 4, of course lah aku tak boleh jawab tu. mana aku nak tau. and juga disebabkan aku ni pemalas, aku pun tak check siapa mutual friends aku dengan dia.
kesimpulannya, aku cuma dapat banyak persoalan yg tak berjawab disebabkan kemalasan aku.
tapi, aku bersyukur kerana aku tak menghabiskan masa aku nak jawab persoalan-persoalan pasal orang yg aku tak kenal pun.
tapi, aku tidak bersyukur kerana aku telah menghabiskan masa menaip pasal orang yg aku tak kenal, dan tidak pula menjawab apa-apa persoalan.
aku rasa sangat pathetic sekarang.
No comments:
Post a Comment