hari ini merupakan salah satu hari paling bersejarah dalam hidup aku. aku telah pergi jogging dengan memakai kasut adidas pink baru aku!
aku sangat gembira! kurasakan bagaikan berlari di atas awan-awan kecil. ok takpe. tak payah nak awan sangat. ini semua placebo effect, you know? you got new shoes, you think you're fabulous. you feel like your feet are super light, you can run as fast as the road runner. you start comparing your shoes with other people's 'meh' shoes. hahahahahaha. what, i'm a douche? ok i'll take that.
disebabkan oleh placebo effect tersebut, aku rase macam aku ni atlet negara gitu. beriye bawak jam konon nak timing. start2 pun dah laju. bila dah laju, mestila cepat penat, kan? tapi tak. sepatutnya, di kawasan tasik tersebut lah bermulanya perasaan penat aku datang melanda. tapi disebabkan i got a fabulous shoes and everybody was watching, so i don't feel that tired. i ran and ran and ran.
peh semat gile kasut aku.
ok sebenarnya aku sangatlah penat. tapi kalau aku start jalan, aku dah tak boleh lari balik dah. that's impossible! so disebabkan aku ni atlet negara kononnya, aku pun tabahkan hati maintain my pace. slow kan sikiiiit je. oleh sebab tak nak fikirkan pasal penat, aku mestilah cari benda lain nak fikir. what else to think about? other than the other people at the lake itself?
ok so aku lari la belakang couple ni. lelakinya aku tak nampak sangat, sebab tumpuan aku betul2 lah dekat perempuan tu. dia pakai all pink! dengan bawak plastik bag kaler pink lagi.
time tu aku terfikir, "hai, nak pinjam kasut i tak? cukupkan pakej."
lepas tu, lari2, aku nampak banyak pulak photoshoot orang pakai baju kawin. ingatkan satu couple model je. tapi ade la 3-4 couple buat photoshoot. lain-lain tempat. aku terfikir, ni semua dalam same company ke? eh kalau aku lari belakang diorang kang free2 aku dan kasut baru aku masuk majalah Wanita ke, Keluarga ke. hewhewhew.
lepas tu aku dah habis lari. stop la depan satu couple tengah photoshoot ni. perempuannye aku tak nampak sangat. sibuk sangat dengan bunga2, tudung nak berjuntai2 kat tepi. aku nampak la lelaki tu. "eh. tak hensem pun? ok maybe tu bukan model. maybe tu orang yang betul2 nak kawin! tu sebab dia tak hensem." hewhewhew jahatnye aku.
then, ternampak pulak ade orang jogging. pakai baju ape tau? baju ni.
serta-merta, hatiku memberontak: "omg, eww. takde bende lain ke kau nak love."
lepas tu, time aku nak cooling down lah kononnye, aku ternampak la satu keluarga ni. tak lah keluarga sangat, sebab ada bapak dan anak-anak kecilnya sahaja. anak ada 2. sorang perempuan sorang lelaki. diorang jalan-jalan. tiba-tiba, si anak lelaki jatuh terjelepuk. face first. aku terkejut. tapi tak lah terkejut sangat. bapaknya kata, "alahai asyik jatuh je la."
bahahahahahahah. ade ke patut. bukan nak tolong anak die. tapi die tengok anak die dulu, baru dia pergi dekat, tolong budak tu bangun. jauh di dalam hati aku, aku nak tengok budak tu menangis. tapi tak. budak tu tak menangis pun. lepas tu aku pun memerhatikan keluarga tersebut.
sorang pun takde rupe bapaknye. kenapa ye? mungkin kah
yes. that makes a lot of sense.
lepas tu aku pun jalan la balik kolej. dalam perjalanan, aku ternampak la ada satu banner ni.
SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR PERUBATAN TAHUN 3 KE HUKM. IKHLAS DARIPADA SIAPA-SIAPA.
time tu aku pun terfikir, "alah kalau kau betul-betul ikhlas,.."
tiba-tiba aku terstop dari berfikir. kenapa aku sangat negatif ni? since lari kat tasik lagi. semua benda negatif ada dalam otak aku. semua benda aku nak komen negatif. kasut dah positif dah. kenapa benda lain jadi negatif ni? so aku pun nak stop berfikir. dan dalam hati, aku meminta maaf kepada semua orang yang aku dah kutuk dalam hati. ish2.
lari se round je. kutuk berbakul2.
No comments:
Post a Comment