Assalamualaikum.
aku perasan aku tak pernahnya nak bagi salam dalam post2 aku. but again, intipatinya pun entah apa2. so, hm.
aku suka baca pasal murder. torture murder, child abuse, cyber bullying, dan seangkatan dengannya. aku suka tengok CSI. tapi yang Las Vegas je. bagi aku, CSI Miami dgn CSI NY tu drama je banyak. aku rasa macam nak ambik master dalam forensik. mak aku pun menggalakkan.
alah, setakat CSI, semua orang pon boleh tengok, ye dok? turn to channel AXN 701.
haritu, aku ada jalan2 dekat library. ye, library itu besar. boleh jalan2. selalunya aku pergi tempat novel2 cintan cintun je. kat blakaaang nun. lepas tu aku pun rasa guilty sebab tak study. lepas grab 2 buku novel cintan cintun, aku pon konon nak jalan2 la kat rak buku ilmiah. konon nak cari buku Family Medicine. haruslah takde kan. mane ade buku Family Medicine. haish.
tapi aku perasan, kat row rak2 yang laaagi belakang tu. adalah buku2 merepek mengarut pelik2 aku tengok.
Bali Houses. aku bukak, gambar rumah kat Bali. cantik2 woo. macam kat hotel la tu kan. modern + ada la ciri2 Bali kot. mana aku tau aku tak penah pegi Bali.
Indian Houses. aku bukak, wah lagi cantik. entah hotel mana dia amik. amboi, yang cantik2 je nak letak dalam buku tu ye. rumah2 miskin tepi jalan xde air xde elektrik tu xnak letak? emo pula di situ.
Learn How To Speak. oh ada buku English. aku cari buku Grammar xdak pun. yg ada how to speak. camane nak speak kalau tak dengar? mesti lah sediakan CD untuk aku pasang dan dengar dan speak, kan? adoi.
Anatomy Made Easy. ok ini sgt fun, serious. dalam tu, lukisan anatomy macam komik. aku rasa, memang orang yg lukis komik2 mcm Superman, Spiderman tu la yang buat. siap ajar cmane nak lukis2. tapi anatomy nye superficial je la. setakat superficial muscles, dengan big bones. nak harap artery, veins, nerves mintak ampun la.
lepas tu, satu rak ni telah menghantui aku. ada 2 column kat rak tu penuh dengan:
CRIMINOLOGY.
sex crime, sex crime against children, suicide, the victims, how to chase a serial killer, homicide, CSI.
wah jakun aku jadinya.
tapi, ada pulak novel! ada cerita pasal crime2 ni. and, novel2 ni semua BASED ON A TRUE STORY. ever heard of a saying:
once you know a movie is based on a true story, it becomes 100x scarier.
tapi ni novel. ada satu novel ni. cover dia laahai buruknya. kaler merah, ada gambar 2 lelaki, half-half. tajuk dia:
Like Father Like Son.
aku ingat apa la. rupanya, tu based on a true story! a psychopath father kills a child with the help of his son. gambar half-half tu ialah gambar betul killers tu. oh meremang.
aku pon pegi letak balik satu novel cintan cintun tu. aku amik buku Like Father Like Son tu. ini mesti baca! ini mesti! inilah buku yang selama ini aku cari.
ee gruesome. and disgusting. aku rasa buku tu telah membuka minda aku ni, kepada semua awful possibilities that may happen in this very world. silalah baca kalau anda semua kuat hati.
aku terfikir, kan aku selalu search2 kat internet pasal torture murder. pinjam buku pon pasal torture murder.
NANTI AKU JADI PSYCHOPATH KE?
omg God forbid. lagi satu, aku fikir, kalau sini ada mayat kena bunuh brutally ke, kalau diorang nak investigate, aku mungkin boleh jadi salah satu suspek. kalau encik2 polis yang investigate tu tengok la history website yang aku visit. dan tengok rekod buku apa aku pinjam kat library. tapi banyak buku cintan cintun je tuan inspektor. saya tak bersalah langsung!
tapi sebenarnya, aku admit la. lepas baca buku2, or artikel2 kat internet pasal torture murder ni, jiwa aku kacau la. tak tau la sebab apa. tak tau la aku ada terbayang2 ke, terasa diri sendiri terkena torture tu ke. tapi hati aku jadi tak sedap la. somehow, aku rasa lega sebab, i think that's how a normal person should feel like after she reads some ugly things like that.