Tuesday, 25 September 2012

patriotik la sikit, dik.

korang tau tak, perjalanan aku nak jadi doktor ni, tak sampai lagi setahun? TAK SAMPAI setahun. adoi. mung takut dok? aku takot. tapi aku nak type2 lagi ni.

tiba-tiba, hari ini, aku diserang bersin-bersin. aku tak tau kenapa. mungkinkah URTI? mungkin juga.

ni nak meluahkan perasaan pasal negara sikit. ecewah. aku tak la tau sangat pasal negara, politik bagai. tapi ni cerita yang pijak-pijak gambar pemimpin negara, tunjuk bontot la hape la. oh, tolong jangan one side je lah everybody. ada jugak kes orang kencingkan gambar Nik Aziz. tapi disebabkan media massa negara ini dimonopoli kerajaan, jadi cerita kencing ni tak berapa nak famous.

bila aku dengar je cerita-cerita ni, aku pun nak bagi la opinion aku kat mak aku. sebenarnya mak aku yg bagitau pasal kencing gambar nik aziz tu.

diorang ni, takde keje lain ke nak buat? pijak-pijak gambar, buat bendera baru (yang hampeh serious tak lawa nak macam singapore. pelik betol orang malaysia ni), tunjuk punggung, kencing-kencing. daripada anda semua buat benda-benda tak berfaedah ini, baik anda semua pergi shopping ke. tengok tv ke. pegi kafe makan ke. bukak laptop, tengok the big bang theory ke. TIDUR KE. bukan semua orang suka tido ke? suka makan ke?

beriya sangat berpolitik. aku ingat lagi ayat bapak aku kepada seseorang yang membuat lawak pasal PM:

"Kalau pemimpin negara pun awak tak hormat, takkan awak nak hormat saya yang Jurubahasa je ni?"

perh tersentap minah tu. padan muka. betul jugak tu. maybe i sound like i'm more to the government, but actually, no. harini ada pilihanraya UKM pun aku tak mengundi harharhar. but seriously, no. this is about humanity. and self-respect. and respecting others. ketepikan la politik tu sekejap. awak tu tak malu ke kencing depan orang ramai? tak malu ke bukak seluar tunjuk bontot kat orang ramai? ee entah ape-ape. budak hingusan.

aku ni pun bukan la baik sangat. memang tak baik pun. jahat je. ramai lagi lagi 'angel' dari aku. melampau-lampau angel (tiada perlian di situ. tapi tak tau kenapa nak ada inverted comma).

maybe sebab aku da pegi kem BTN haritu masa PPD camp. selama ni pegi masa 1st year, 3rd year nampak sangat la aku tido je, tak menyerap apa-apa. baru-baru ni la nak ada kesedaran sikit. ye saya tau, kem BTN tu pro kerajaan. tapi, saya ambik nilai-nilai patriotism sahaja. saya sayang negara saya no matter what. as long as i live happily, in this peaceful country, i am grateful. 

kenapa kau tak suka sangat PM kita tu? sebab bini beliau ke? ke sebab beliau sendiri? bagi aku, kalau PM kita macam diktator, bunuh orang beramai-ramai sukahati, rampas harta orang, nak wujudkan satu negara berdasarkan idea dia sahaja (ok la i maksudkan hitler, pol pot semua la tu), baru la i marah-marah. 

ok la sebenarnya i tak paham la rakyat malaysia yang muda mudi yang asyik nak marah je keje. dengar orang lain cakap sikit dah melenting huu haa huu haa marahnyew sayeww. apa? bahasa inggeris dalam maths and science? no way! alah kalau dalam bahasa melayu pun kau jawab entah apa-apa.

belajarlah. dengan tenang. jangan keluar malam-malam join perhimpunan haram. or pergi clubbing. cool sangat lah tu smoking and drinking tu. pastu post kat fb. haih.

dengan ini saya menghabiskan omelan saya.


No comments:

Post a Comment